Matahari by Hafiz Suip




Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam
Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu


_________________________________________________________________________________

Review : 

  • lagu ni penaik semangat hakak. walaupun kau dah jatuh jauh mana pun,kau tetap kene bangun semula. walau ape pun dah jadi. YOU MUST! (haa.. semangat!) lagu ni kawan hakak bagi,2nd day after tau berita yang tak sepatutnya tau. kalau hayati betul2 memang dia bagi semangat kat 'matahari' tu walau ape pun jadi,still ramai yang perlukan 'dia'. 
  • so,jadilah seperti matahari yang terus bersinar. jangan fikirkan diri sendiri(selfish). tak semua orang tau ape dah jadi dengan kita. tapi fikirlah yang ramai lagi still berharap kat kita. selagi kita hidup,kita still diperlukan and kita perlu jalankan tanggungjawab tu. daripada duk sedih2 tu,baik dekatkan diri dengan Allah. be better person and be yourself. you will satisfied the results. percaya la. hakak sendiri dah rase tawww... 
  • time ni mesti ramai kata,"hakak ai bukan tau.." "hakak ai tak faham" "hakak ai tak rase" . hakak kau ni dah terlebih rase sebab tu la boleh nasihat orang dik oi...
  • btw,hafiz my favourite. #muahciked
(tapi sekarang musim terlalu panas. T_T . i need water...)
Comments
0 Comments
Comments
0 Comments